Date of Award
1-1-2001
Thesis Type
Masters
Document Type
Thesis
Divisions
Faculty of Arts and Social Sciences
Department
Department of Media and Communication Studies
Institution
Universiti Malaya
Abstract
Malaysia telah mengorak langkah dengan memperkenalkan kumpulan undang-undang siber bagi merancang dan melengkapi pembangunan bidang teknologi di negara ini. Salah satu daripada undang-undang siber yang pertama digubal di dunia dan dipelopori oleh Malaysia ialah Akta Komunikasi dan Multimedia (Akta 588). Undang-undang ini memperkenalkan suatu bentuk percantuman media yang merangkumi bidang penyiaran, telekomunikasi dan multimedia di negara ini. Kajian khusus mengenai pelaksanaan akta ini adalah bertujuan untuk mendapatkan gambaran mengenai peruntukan Regulasi Sosial di dalam akta tersebut dan kesannya kepada masyarakat di negara ini. Oleh yang demikian, kajian bersifat deskriptif ini memberi penekanan terhadap latar belakang akta, peruntukan peraturan di dalam Regulasi Sosial dalam akta dan impak Regulasi Sosial yang terdapat di dalam akta ini kepada masyarakat Malaysia. Penekanan kajian dibuat berdasarkan kepada perspektif teknologi, pelesenan, Hak Milik Intelektual, pembangunan kandungan dan regulasi maklumat, pendidikan, peradaban dan budaya, penyaringan maklumat kendiri, kesan internet kepada wanita dan kanak-kanak, perlindungan pengguna serta pembangunan multimedia dalam Islam. Beberapa saranan daripada golongan pakar menerusi kajian ini boleh membantu kerajaan merangka strategi-strategi terbaik untuk melindungi kepentingan sosial dalam menghadapi suatu persekitaran pembangunan teknologi maklumat yang mencabar ini. Ia boleh dijadikan asas kukuh bagi membina suatu persekitaran teknologi yang pragmatik, berdaya maju dan berdaya tahan bagi suatu tempoh masa yang panjang.
Additional Information
Dissertation (M.A) -- Faculty of Arts and Social Sciences, Universiti Malaya, 2001.
Recommended Citation
Alsagoff, Syed Agil, "Regulasi sosial dalam Akta Komunikasi dan Multimedia dan kesannya kepada masyarakat Malaysia" (2001). Student Works (2000-2009). 432.
https://knova.um.edu.my/student_works_2000s/432
Creative Commons License

This work is licensed under a Creative Commons Attribution-NonCommercial-No Derivative Works 4.0 International License.
Included in
Communications Law Commons, Internet Law Commons, Public Affairs, Public Policy and Public Administration Commons
Initial
snms