Date of Award
1-1-2000
Thesis Type
Masters
Document Type
Thesis
Divisions
Faculty of Arts and Social Sciences
Department
Department of Media and Communication Studies
Institution
Universiti Malaya
Abstract
Analisis dalam kajian ini adalah usaha mencari tafsiran dari imej. Makna imej dalam kedudukannya bertahap, ditinjau supaya pemikiran kedua-dua orang pengarah iaitu P. Ramlee dan Hussein Hanift dapat ditetapkan. Konsepsi visual seseorang pengarah dalam membangun unsur-unsur plastik sebagai jentera penyampai falsafah dan idealisme, diberi perhatian yang wajar dan tinjauan terhadap aspek tersebut dapat dijadikan ukuran untuk menetapkan tahap penguasaan aspek teknikal-mekanikal dalam bidang perfileman bagi pengarah yang dikaji. Rekaan produksi sebagai unsur yang membentuk wajah sesebuah filem perlu dimanfaatkan dan aspek-aspek seperti rekaan dan pengarahan seni (berkait dengan tonal, atonal, tekstur dan arkitektur), pemilihan latar (set, sub-set, prop, miniature, depth, weight, height, width, jarak, ruang - sendat dan lengang), permainan tatacahaya (terang, gelap dan bayang); kerja kamera (statisiti dan dinamisme gerak, hubungan objek-objek, objek-subjek, dan subjek-subjek, sudut dan perspektif) dan pemilihan gaya rekaan seni, yang dikerjakan adalah usaha memberi rias dan hias filem, dianalisa dan diberi tafsiran yang wajar menerusi beberapa bab dalam kajian ini.
Additional Information
Dissertation (M.A) -- Faculty of Arts and Social Sciences, Universiti Malaya, 2000.
Recommended Citation
Mohamed, Hamsan, "Aspek pengarahan dan sinematografi dalam filem-filem P. Ramlee dan Hussein Haniff : satu kajian perbandingan" (2000). Student Works (2000-2009). 27.
https://knova.um.edu.my/student_works_2000s/27
Creative Commons License

This work is licensed under a Creative Commons Attribution-NonCommercial-No Derivative Works 4.0 International License.
Initial
snms